PROFIL

Print
Category: Uncategorised
Written by admin

 

LATAR BELAKANG

Koperasi Asli Selangor Berhad ditubuhkan pada 22hb Oktober 1998, di Kampung Orang Asli Tanjong Sepat, Kuala Langat 

 

VISI & MISI

Matlamat KAS adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota terutama masyarakat Orang Asli, menyatukan dan mengembeling tenaga Orang Asli yang telah berjaya, meningkatkan minda anggota supaya menjadi penggerak dan pemangkin kepada kemajuan ekonomi  Orang Asli dan negara amnya.

 

KEANGGOTAAN

Koperasi Asli Selangor Berhad berstatus Bumiputera, keahlian terdiri dari kalangan Orang Asli dan Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor sahaja, dengan mengikut  keanggotaan  95.68 % Orang Asli, dan 4.05 % Melayu ( Kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli Selangor).

Syarat Keanggotaan Koperasi

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada semua masyarakat Orang Asli dan kakitangan Jabatan  Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor.

Kelayakan menjadi anggota. 

 

  • warganegara Malaysia;
  • telah mencapai umur lapan belas tahun;
  • bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan

 

Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor yang telah bersara boleh menjadi anggota Koperasi dengan syarat menetap di Negeri Selangor atau mempunyai tanah di Negeri Selangor.

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha.

 

KONSEP

Koperasi Asli Selangor beroperasi berdasarkan nilai kesamarataan, keadilan, demokrasi, menolong diri sendiri dan semangat setiakawan. Anggota-anggota koperasi harus berpegang kepada nilai etika asas koperasi iaitu kejujuran, keprihatinan, keterbukaan, bertanggungjawab sosial dan sikap yang membina. Disamping itu juga, semangat kerjasama mampu memperkasakan ekonomi dan tanggungjawab sosial masyarakat Orang Asli.

 

KEBAJIKAN

Koperasi Asli Selangor Berhad juga mewujudkan tabung iaitu Tabung Pendidikan dan Tabung Kebajikan dengan wujudnya kedua tabung ini, KAS akan dapat membantu Kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab membantu pelajar Orang Asli dan anggota  berpendidikan dan juga untuk membasmi kemiskinan tegar di kalangan masyarakat Orang Asli.

Antara jenis perkhidmatan untuk kemudahan anggota ialah

Tabung Kebajikan  

 

  • Khairat Kematian
  • Rawatan Khas
  • Hilang Keupayaan
  • Malapetaka

Tabung Pendidikan

 

Tabung ini diwujudkan untuk menggalakkan anggota-anggota dan anak-anak anggota berjaya dalam bidang pendidikan di semua peringkat sekolah rendah, menengah sehingga peringkat yang tertinggi.

 

AKTIVITI PERNIAGAAN 

Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah 

 

  • Pembekalan tanah merah, batu gravil dan pasir kepada projek-projek kerajaan dan swasta
  • Pertanian dan perternakan secara kormesil
  • Perkhidmatan kebudayaan, pelancungan dan kraftangan
  • Menjalankan kerja-kerja pembalakan dan pengeluaran hasil hutan
  • Memajukan pembangunan hartanah
  • Menjalankan kerja-kerja pembinaan dan kejuruteraan awam
  • Membekal bahan-bahan binaan dan keselamatan jalan raya
  • Membekal bahan-bahan pertanian dan ternakan
  • Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi –koperasi lain

 

 

PENCAPAIAN

 

Get a discount by using the new hostgator coupon and check out one of the best poker sites party poker
Copyright 2012@kasb PROFIL.
Joomla template by Wordpress Themes Free